“ Ya Allah, kenapa aku yang menerima ujian seberat ini! Sungguh sakit dan pahit untukku menanggung!”
Begitulah
remuk sekali hati setiap kali ujian menimpa kita. Air mata mengalir
dengan deras menunjukkan betapa lemahnya kita. Kesakita itu bagai tiada
penamatnya yang seringkali menduga keimanan kita ..
Terasa bagai Allah tidak mendengar rintihannya..
Terasa seolah-olah Allah benci kepada dia..
Terasa Allah meluat dan jemu mendengar doanya..
Dia hampir putus asa..
MERAJUK DENGAN ALLAH!
Kadang2
kita tidak terlepas daripada menghadapi ujian yg menimpa2. Datangnya
tidak diundang, perginya tidak jugak diusir. Syaitan tidak jemu
berbisik2 menjadi peneman yang setia menghasut dan mengajar cara2
“MERAJUK” dgn Allah......terasa sudah tidak rajin berdoa dengan Allah
kerana Allah tidak mahu mendengar/ sudah jemu mendengar rintihan doa
kita. Merasakan ibadat yang dilakukan adalah sia2..
“ emm, sama sahaja aku solat ke x! Sama saje aku berdoa ke x! Aku hidup dengan masalah jugak! Tuhan x sayangkan aku!”..
Begitulah
kita. Cepat bersangka buruk dengan Allah. Rela mencari kesalahan lain
daripada mencari kesalahan diri sendri. Yang peliknya, apabila ditimpa
masalah, kenapa kita tak menunding jari kepada diri sendri betapa kita
jauhnya drpd Allah. Tak ada pon kita berkata yang selama ini kita bnyak
meninggalkan kewajiban yg Allah suruh dan meninggalkan maksiat yang
Allah larang..
SIAPA YANG JAUH SEBENARNYA??
Kenapa
mesti kita merasakan Allah itu jauh? Bukankah kita yang menjauhkan diri
kita dr Allah?? Apabila hati kita yg bersih tidak diisi dengan perkara2
yang mengingati Allah, makan, hati ini akan kosong dengan sentuhanNYA.
Lalu, dngn saat itulah kita akan mengatakan Allah itu jauh..
Walhal, Allah itu sngat dekat! Lagi dekat dr urat nadi kita...
Ini
bukan sbb Allah yg jauh sebenarnya. Masalah itu berpunca dr kita
sendri. Kurang mendekati Allah dengan perkara2 yang berkaitan denganNYA.
Kurang atau tidak pernah memohon ampon atau sujud kepadaNYA...
....Cahaya
hidayah yang hadir hanya untuk hati2 yang sentiasa mengingatiNYA dan
bukannya HATI KOTOR dngn perbuatan kita sendiri. Kerana kekotoran dalam
hati, maka tiada ruang untuk hidayah bermukim. Yang memberikan hidayah
itu hanya Allah dan akan diberikan kepada orang2 yang berusaha
kearahNYA..insya’Allah....
Sahabatku, ALLAH TIDAK PERNAH JAUH...
Sungguh,
Allah tidak pernah jauh dr kita..pandanglah kesuluruhan kehidpan ini
dengan pemikiran yang Allah kurniakan..renungkanlah sejenak betapa Allah
amat menyayangi kita..sesungguhnya ALLAH TIDAK AKAN MEMBEBANKAN MAKHLUKNYA DI LUAR KEMAMPUANNYA MELAINKAN DENGAN KESANGGUPANNYA..
“
dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu(muhammad) tentang Aku, maka
sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa
apabila dia berdoa kepada-Ku, hendaklah dia memenuhi permintaanKu dan
beriman kepada Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.”-al-baqarah (186)..
Masalah
yg hadir sebenanrnya bergantung pada hati kita sendiri..kenapa mesti
kita merasakan Allah itu jauh bila menghadapi sesuatu ujian yg berat??
Sedangkan para pejuang Islam yg terdahulu telah diuji dengan begitu
hebat dibandingkan dengan kita. Mereka itu lebih mulia dr kita.
Bibir
ringan mengukir bicara bahawa kita yakin menuturkan rasa cinta kepada
Allah dan rasulNya. Tetapi apabila menimpa musabah? Ukiran dibibir itu
amat berbeza dngn yg terbuku di hati. Di mana buktinya kata2 yang diukir
itu???
“
apabila kamu mengira akan masuk syurga padahal belum datang padamu
(ujian) sepertimana dialami oleh orang2 yang terdahulu sebelum kamu?
Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, digoncang dngn pelbagai
cubaan..sehingga Rasul dan orang2 yg beriman bersamanya berkata,”Bilakah
datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesunggunya pertolongan Allah
itu sngat dekat,”-al-baqarah:214
Tidak ada komentar:
Posting Komentar