Ada seorang perempuan tua yang taat
beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan
kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa
membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak
memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak
suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, “Asyik Bismillah, Bismillah.
Sekejap-sekejap Bismillah.”
Isterinya tidak berkata apa-apa
sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah
kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : “Suatu hari nanti akan
aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.” Untuk membuat sesuatu
yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada
isterinya dengan berkata, “Simpan duit ini.” Isterinya mengambil duit
itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah
melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan
senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg
duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya
itu memanggil isterinya dan berkata, “Berikan padaku wang yang aku
berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan.” Kemudian isterinya pergi
ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan
berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka
dengan membaca, “Bismillahirrahmanirrahiim.” Ketika itu Allah S.W.T.
menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan
menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia
berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika
itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia
juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar