Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila
seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia
tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan
sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup
kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka
oleh anaknya.
Duhai lelaki
yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah
kau mengajarnya bershalat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?..
Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka
jahannam.)
2. Suaminya
Apabila sang
suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat,
memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan
mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya
tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik
oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
Duhai lelaki
yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?.
Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut
ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati
bersamanya di ‘taman’ neraka sana .)
3.
Abang-abangnya
Apabila
ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu
abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan
keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah
tarikan adiknya di akhirat kelak.
Duhai lelaki
yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau
terlepas… kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak…jika membiarkan
adikmu bergelumang dgn maksiat… dan tidak menutup aurat.)
4. Anak-anak
lelakinya
Apabila
seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi
Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan
sebagainya…maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat
kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Duhai anak2
lelaki…. sayangilah ibumu…. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. krn
ibu juga insan biasa… x lepas dr melakukan dosa… selamatkanlah dia dr menjadi
‘kayu api’ neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
Lihatlah…..betapa
hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah diakhirat pun tarikannya
begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus
memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; “Hai anak Adam, peliharalah diri
kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan
batu-batu….”..
***&&***
Assalamu'alaikum wr wb.
BalasHapusTerima kasih ustadz sudah saya baca tulisan diatas dan tulisan-tulisan lain. Mohon izin ya saya kutip sebagai bahan kultum. Saya bukan ustadz tetap sering di minta isi kultum. Maklum kebetulan saya kelahiran sama dengan Pak ustadz jadi orang percaya.
Selamat berkarya alais beramal semoga memberi balasan yang berlipat ganda Amin.